TR

'P****** ko SKMM, pehal nak censored?!' - kata netizen, tapi ini 4 sebab kenapa video keganasan tak boleh diviralkan

loading...
loading...

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) semalam mengeluarkan kenyataan melarang pengguna media sosial memuat naik dan menyebar video kejadian pengganas berfahaman radikal melepaskan tembakan rambang terhadap jemaah Masjid Al Noor di Christchurch, New Zealand yang menyebabkan lebih 40 orang maut dan puluhan lagi cedera. 


Malangnya, majoriti netizen tidak berpuas hati dengan kenyataan itu dan menganggap SKMM tidak masuk akal kerana cuba menyekat apa yang sebenarnya berlaku serta bersikap berat sebelah. 


Bagi memperbetulkan salah faham golongan itu, tampil seorang individu memberi penjelasan berhubung sekatan itu yang mempunyai maksud tersirat. 

KENAPA TAK BOLEH SEBAR? 

1. Video itu terlalu ganas untuk dipertontonkan kepada umum. Internet digunakan semua peringkat umur. Seandainya kanak-kanak menonton dan terpengaruh, bagaimana? Awak yang sebarkan, nak bertanggungjawab? 

2. Salah satu niat, motif dan tujuan si pelaku/pengganas melakukan perkara ini adalah untuk video itu disebarkan. Ini kerana bagi dia dan penyokongnya adalah satu kebanggaan dan tercapai misi mereka mahu menunjukkan keganasan mereka. Kalau tak, dia tidak akan berani untuk buat live video itu di  Facebook. 

3. Sebagai tanda hormat kepada mangsa dan keluarga mangsa. Cuba letakkan diri kamu di dalam keluarga mangsa. Apa kamu rasa jika satu dunia melihat keluarga kamu dibunuh dengan kejam? Adakah kamu akan menyukainya? 

4. Kita sebagai sebuah negara Malaysia yang aman dan jauh dari perkara ini, mengutuk dan langsung tidak menyokong perlakuan ini. Jadi, penyebaran video seperti itu pun kita kutuk dan jangan sokong. 

Biarkan video itu mati dengan pelakunya sekali. Jangan kita menjadi sebahagian dari egen fahaman pengganas ini. 

Ya, saya tahu kita semua marah sebab saya pun marah. Tetapi tindakan menyebarkan video itu bukan jalan yang baik untuk tunjukkan kemarahan kita.

Apa yang kita dapat dari menyebarkan cideo itu? Mematikan fahaman terrorism? Dapat membunuh pelaku? 

Fikir-fikir dulu sebelum menyebarkan apa-apa. Tuhan bagi otak dan akal di atas jari, gunakan itu dulu. 

Sumber: Facebook
loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close