TR

Tok Mat dijangka akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, KJ juga dijangka akan sertai Kabinet Kerajaan

loading...
loading...



Dalam sidang media pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 malam tadi, memaklumkan bahawa jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) akan diberi kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). 


Jawatan itu katanya akan diisi oleh dua komponen terkuat di Semenanjung Malaysia dan di Sabah dan Sarawak. 


"Kita akan buat keputusan dan umumkan jawatan TPM. Jawatan TPM dari komponen terkuat iaitu BN dan GPS. Pemilihan ini diyakini tidak menimbulkan masalah kestabilan dalam Kerajaan Perpaduan," katanya. 


Sementara itu satu sumber dari UMNO mengatakan, Ahli Parlimen Rembau yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, antara yang disebut bakal dilantik menjadi TPM. 


Dalam masa yang sama, beberapa kementerian strategik juga mungkin akan diisi oleh beberapa pemimpin daripada BN dan GPS dengan kombinasi pemimpin daripada gabungan Pakatan Harapan (PH). 


"Berdasarkan perbincangan sebelum ini, sekurang-kurangnya tiga kementerian akan diisi oleh pemimpin daripada BN, termasuk beberapa kementerian kanan. 


"Jawatan TPM nampaknya akan diisi oleh orang nombor dua UMNO iaitu Tok Mat. 


"Wakil PH ada menyatakan hasrat dengan UMNO untuk melantik dua pemimpin muda daripada BN sebagai senator dan menjawat jawatan penting dalam kementerian," katanya. 


Dua pemimpin yang dimaksudkan itu adalah Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan. 


"Mereka (PH) kagum dengan kepakaran dan cara kerja dua pemimpin ini walaupun kedua-duanya tewas dalam perebutan kerusi Parlimen masing-masing di Sungai Buloh dan Alor Gajah," katanya. 


Sumber: Harian Metro

loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close