TR

(Video) Pakar bius sumbat zakarnya dalam mulut wanita hamil yang sedang jalani pembedahan caesarean, ditahan polis

loading...
loading...



Seorang doktor pakar bius Brazil telah ditahan polis selepas dia dirakam merogol seorang wanita hamil semasa melakukan pembedahan caesarean dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lalu.


Giovanni Quintella Bezerra, 32, ditahan pada Isnin lalu kerana disyaki merogol selepas dia memasukkan zakarnya ke dalam mulut mangsa yang telah dibius di Hospital Wanita di Sao Joao de Meriti, Rio de Janeiro tanpa menyedari perbuatan kejinya itu telah dirakam oleh kakitangan hospital.


Difahamkan, Bezzera baru sahaja menamatkan latihan perubatannya (anestesia) dua bulan lalu. 


Salah seorang kakitangan di hospital itu berkata, dia terpaksa membuat rakaman video itu kerana curiga dengan kelakuan doktor terbabit yang memberi dos bius yang terlalu tinggi kepada seorang wanita hamil yang bakal bersalin secara pembedahan caesarean.


Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati Bezerra menyerang ibu hamil itu secara seksual dengan memasukkan zakarnya ke dalam mulut mangsa ketika doktor lain sedang sibuk melakukan pembedahan terhadap pesakit itu. 


Dalam video itu, pesakit berkenaan sedang terbaring tidak sedarkan diri dan di sebalik tirai ada sepasukan doktor yang sedang berusaha melakukan pembedahan caesarean terhadapnya.



Di kesempatan itu, Bezerra membuka zip seluar lalu mengeluarkan zakarnya untuk dimasukkan dalam mulut pesakit itu. Selepas selesai 'berseronok' selama 10 minit, Bezerra mengelap mulut pesakit dengan tisu untuk memadamkan bukti jenayah yang dilakukannya. 


Sementara itu, Yayasan Kesihatan Rio de Janeiro dan Setiausaha Negara Kesihatan berkata, siasatan dalaman sedang dilakukan dan tindakan tegas terhadap pegawai perubatan terbabit. 


"Pihak hospital juga akan memberi sokongan penuh kepada mangsa dan keluarganya. Tingkah laku ini merupakan jenayah dan pelakunya mesti dihukum mengikut undang-undang," katanya. 


Polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada suspek mempunyai mangsa lain dan dalam masa sama turut memuji tindakan pantas kakitangan hospital yang menyedari perbuatan jenayah suspek. 


Sumber: Daily Mail

loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close