TR

(Video) 'Berilah peluang kepada Eira untuk cuba perbaiki diri' - Damage has been done, tuntutan sivil tetap diteruskan

loading...
loading...


Selasa, 15 September 2020, influencer kontroversi, Eira Aziera, tampil membuat permohonan maaf di atas dua isu yang ditimbulkannya sebelum ini sehingga perkara itu viral di media sosial dan mendapat kecaman banyak pihak. 

Pemohonan maaf yang dibuat secara 'live' itu ditujukan kepada pemilik Restoran 35 dan juga seorang lagi mangsanya, Suharnizan Md Sidek yang sebelum ini. 

"Permohonan maaf secara terbuka dari Eira ini dibuat berikutan terdapat dua insiden yang tular ketika Eira membuat 'live' di Facebook di mana insiden pertama adalah berkenaan Restoran 35 di Melaka. 

"Insiden yang kedua melibatkan kata-kata kesat (body shaming) terhadap individu bernama Suharnizan Md Sidek. 

"Jujur Eira katakan, salah tetap salah. Sebagai individu yang jauh lebih muda, Eira seikhlas hati memohon maaf," katanya. 

Jelas Eira, pada ketika insiden itu berlaku, dia terlalu emosi sehingga hilang pertimbangan lalu mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya sehingga menyinggung hati banyak pihak. 

Isu viral itu juga memberi kesan kepada keluarga dan perniagaannya. 

"Eira secara peribadi sangat kesal dan berilah peluang kepada Eira untuk cuba memperbaiki diri, tutur dan kata saya pada hari-hari mendatang. 

"Eira berharap agar pemilik Restoran 35 dan Suharnizan serta mereka yang terkesan dengan perbuatan Eira dapat memaafkan kesalahan Eira," katanya. 

Bagaimanapun, Suharnizan, 37, yang bekerja sebagai Pesuruhjaya Sumpah, membuat laporan polis terhadap Eira atas dakwaan menghina (body shaming) secara 'live' di Facebook. 

Difahamkan, insiden itu berlaku pada jam 10 pagi, 18 Ogos lalu di mana Suharnizan memuat naik komen berikut:

"Live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?" 

Suharnizan kemudian meneruskan kerjanya di pejabat dan tidak mengikuti video live itu sebelum dimaklumkan oleh rakannya yang dia telah diviralkan oleh Eira. 

"Apabila saya menyemak dan meneliti, saya mendapati dia dengan sengaja melakukan perkara itu tanpa kebenaran mahupun pengetahuan saya. Saya tidak mengambil apa-apa tindakan ketika itu dan berharap perkara ini mati dengan sendirinya. 

"Namun pada 14 September, saya dimaklumkan terdapat satu paparan video yang dimuat naik dan dikongsikan di media sosial, dengan kandungan video berdurasi 8 minit itu memaparkan dan menghina fizikal saya sehingga viral. 

"Saya mengalami tekanan, trauma, menerima mesej peribadi tanpa henti, selain kemurungan dan gangguan emosi termasuk di tempat kerja," katanya. 

Suharnizan kemudian mendapatkan nasihat peguam, Mohd Rasheed Hassan, yang menyarankan dia membuat tuntutan sivil terhadap Eira dan notis tuntutan telahpun dihantar yang mana merangkumi permohonan maaf secara terbuka dan membayar kos pampasan serta ganti rugi dalam tempoh 14 hari. 

Pihaknya juga meminta PDRM dan SKMM menyiasat kes itu atas dakwaan body shaming di mana kesalahan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Pesalah boleh dipenjara tidak melebihi satu tahun, denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali. 

Meskipun permohonan maaf telah dibuat, tetapi isu body shaming boleh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sebagai pengajaran kepada semua agar tidak mudah melakukan kesalahan itu yang boleh memberi kesan trauma kepada mangsa. 

"Memang nampak dia ada buat permohonan maaf melalui Facebook, tetapi saya rasa makian yang dibuat pada klien saya adalah lebih lapan minit. 

"Kalau dia nak minta maaf, kita akan sediakan skripnya termasuk pengakuan tidak akan buat lagi, tidak akan mengatakan benda negatif terhadap klien kami, tuntutan ganti rugi dan sebagainya. 

"Kalau perkara itu boleh dipersetujui atau 'make an offer' untuk kita selesaikan luar mahkamah. Tapi kalau dia senyap, kita boleh cari dia atau kalau tidak, kita terpaksa berjumpa di mahkamah," katanya. 

Sumber: Eira Aziera, Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN

loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close