Pempengaruh (Influencer) terkenal Ryzal Ibrahim baru-baru ini memuat naik konten mengenai rutin kehidupan B40. Konten tersebut telah mendapat kecaman netizen yang mendakwa seolah-olah Ryzal Ibrahim memerli dan menghina golongan B40 ini.
Bukan itu sahaja netizen mendakwa Ryzal seolah-olah tidak belajar dari kesilapan lepasnya yang memuat naik konten menghina Sarawak.
Walaubagaimanapun, ada netizen yang menyokong konten yang dibuat Ryzal dan menyatakan itu adalah realiti kehidupan B40 yang menikmati kehidupan mereka seperti gaya T20.
Menyedari konten tersebut mendapat reaksi yang berbeza, Ryzal menerusi komen di portal xtra_my menjelaskan apa yang cuba disampaikan olehnya.
"Sebenarnya ramai yang kurang faham erti sindiran dan hinaan. Content saya ni berkonsepkan sindiran sinis. Kalau ditanya perlu ke sindir golongan B40, jawapannya ya.
"Bukan B40 saja, bahkan untuk semua. Bila golongan atasan M40 atau T20 disindir kaw-kaw oleh golongan B40 ketika pandemik atau selepas, tiada pula T20 ini terasa.
"Berbalik pada topik ini, ia bukanlah sampah tapi satu mesej kepada semua lapisan masyarakat yang bergaya dan bermewahan mengikut nafsu dengan pendapatan yang sememangnya makan diri sendiri.
"Bukan sahaja B40, M40 atau T20 ini pun ramai sangat yang belum ada kesedaran diri atau kurang peka terhadap perbelanjaan kemahuan dan kehendak.
"Saya perhatikan dalam data Bank Negara Malaysia (BNM), ramai golongan muda bermula usia 25 tahun ke atas yang muflis akibat daripada amalan gaya hidup yang tidak sesuai. Baru graduate, gaji sedap sikit dah pandai buat loan rumah, kereta dan beli barangan mewah semata-mata untuk puaskan diri atau orang sekeliling.
"Bila COVID-19 melanda dunia, baru sedar di mana tahap kewangan kita. Tiada pengurusan kewangan yang betul menyebabkan nama mereka tersenarai dalam BNM," katanya.
Ryzal juga mendedahkan, ada beberapa individu yang meminta derma dan mahu meminjam duit darinya.
"Bila disiasat, di rumah ada Coway, beli baju berjenama, telefon bimbit mahal,"katanya."Bila disiasat, di rumah ada Coway, beli baju raya pula bulan sabit matahari eksklusif, guna iPhone dan sebagainya. Tak kurang student yang guna loan PTPTN beli iPhone, sanggup ikat perut.
"Ketika saya bekerja sebagai wartawan dan mempunyai pendapatan sendiri pun masih guna Blackberry lama sampai kena perli dengan kawan-kawan. Sedar diri dan muhasabah," katanya.
Sumber: Xtray, Ryzal Ibrahim
0 comments:
Post a Comment