TR

Bayi perempuan berusia 38 hari meninggal dunia kerana terkejut mendengar bunyi letupan mercun

loading...
loading...



Seorang bayi perempuan berusia 38 hari di Gresik, Indonesia dilaporkan meninggal dunia kerana terkejut mendengar bunyi letupan mercun. 


Mangsa yang merupakan anak kedua daripada pasangan suami isteri, Nur Hasim dan Nur Faizah, penduduk di Jatirembe, Benjeng, Gresik. 


Menurut ibu saudaranya, Nufus berkata, mangsa ditahan dan menerima rawatan di wad hospital selama enam hari. Pada jam 10 pagi Khamis, 27 April 2023, mangsa disahkan meninggal dunia. 


Nufus percaya anak saudaranya itu meninggal dunia kerana terkejut mendengar bunyi letupan mercun yang dimain oleh jirannya pada malam hari raya pertama, jam tujuh malam. 


"Sebelum itu, mangsa bersama ibu bapanya sedang berehat di bilik dan dikejutkan dengan bunyi letupan mercun yang dimain oleh jiran. 


"Mangsa terkejut dan mata kanannya tertutup dan lidahnya terbalik ke atas sebelum menangis. Ibunya kemudian memberikan susu, tetapi gagal kerana lidah mangsa terbalik ke bahagian atas. 


"Bimbang melihat keadaan anak, mereka kemudian membawa mangsa ke klinik sebelum dirujuk ke hospital di daerah lain. Disebabkan kekurangan peralatan, mangsa sekali lagi dirujuk ke hospital kedua dan terus ditahan di unit rawatan insentif (ICU). Di situ, anak saudara koma beberapa hari," katanya. 


Keputusan CT scan mendapati, pembuluh darah di bahagian otak mangsa telah pecah yang mungkin berpunca daripada hentakan kuat. Namun, perkara itu dinafikan oleh ibu bapa mangsa. 


Menjelaskan lebih lanjut, doktor berkata, pembuluh darah juga boleh pecah disebabkan terkejut yang luar biasa. 


Selepas enam hari menerima rawatan, doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada jam 10 pagi, 27 April 2023. 


Sumber: Detik

loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close