loading...
loading...
Tetapi, ada sesetengah netizen memilih untuk mendiamkan diri dan dalam masa sama kesal dengan apa yang berlaku. Sedangkan sebelum ini masyarakat Malaysia hidup dalam suasana aman dan harmoni.
Baca luahan lelaki ini yang berharap netizen berhenti menyemaikan perasaan benci sesama kaum, sebaliknya kembali berpegang teguh pada perpaduan yang telah lama terbina.
HARI kemerdekaan semakin dekat, tetapi hari-hari mesti jumpa post tentang kaum Cina menghina kaum Melayu, kaum Melayu marah kerana hak dipertikaikan, non muslim tak suka Zakir Naik datang sini, kes langgar pun nak cakap pasal kaum. Macam sekarang, toleransi antara kaum semakin nipis.
Betul-betul tak faham, kenapa orang Malaysia tak boleh hidup aman. Macam pantang tengok Malaysia harmoni.
Pada pendapat saya, kontrak sosial sudah dipersetujui sejak zaman dulu. Buat apa mau ungkit lagi? Non Muslim betul ke hidup sengsara? Daripada cari gaduh yang takkan menang, lagi baik fokus macam mana nak tingkatkan nilai diri kita.
Kawan-kawan Melayu saya juga dalam Facebook. Makin lama tengok post, makin banyak isu perkauman dipostkan. Bukan semua Cina macam tu. Macam kes tentera, kes keyboard warrior dalam Facebook yang saling kutuk mengutuk.
Kalau kamu rasa semua Cina macam tu, mari berkawan sama saya. Kita sudah lama tidak sembang dan rasis ini bukan daripada satu kaum saja, tetapi semua kaum ada juga.
Isu Zakir Naik, PM kita sudah cakap okey dia boleh tinggal sini. MAka tinggallah di sini. Dia selalu cari orang debat atau promote Islam, kamu yang tak suka tak payah pergi dengar. Tak ada paksaan pun.
Lepas tu, tak dengar ceramah penuh dan bila nampak tajuk berita MalaysiaKini tanpa baca isi berita, terus cakap ini dan itu. Kalau dia orang jahat, dia buat jahat, nanti dia akan kena tangkap juga. Relaks la, ada polis kan. Kes tulisan khat, relaks la, bukan jampi pun.
Kes masuk universiti UiTM, mengapa mau berebut masuk situ? Situ ranking nombor satu di Asia ke? Confirm gaji banyak ke kalau keluar dari situ? Ada banyak lagi universiti yang boleh menerima kaum lain.
Dunia ini tak ada sama rata ada tak mungkin sama rata. Tuhan dari semua agama tengah menguji kita semua. Jangan disebabkan kes-kes yang kecil macam ni, kita banyakkan (tambah) dosa kita. Kita semua masuk neraka. Di dunia ini kita jumpa, kat neraka jumpa lagi. Haha!
Yang pasti, tiada pun agama yang nak kita bencikan antara satu sama lain. Lebih-lebih yang jadi guru, kita perlu semaikan perasaan sayang di antara semua kaum.
Saya harap post saya ini dapat mengurangkan ketegangan antara kaum. Terima kasih.
Sumber: Chok Yew
loading...
loading...
loading...
0 comments:
Post a Comment