TR

'Dia menangis kerana risau dan takut' - Ibu pemandu

loading...
loading...

Dalam perkembangan terkini pemandu Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Thailand sehingga menyebabkan lima maut, ibunya, Nik Rosnani Nik Li, 50, berkata, anaknya berada dalam keadaan risau dan takut.

Dalam kejadian Selasa lalu, Melinda Susilanini, 31, terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan lima pemotong rumput maut di Lebuh Raya Asia Khuha Tai, Rattaphum, Wilayah Songkhla. 

"Dia menangis kerana risau dan takut dengan apa yang berlaku. Saya hanya dapat minta dia kuatkan semangat dan jaga diri. Saya tidak mahu mengusutkan lagi keadaan dan meminta dia bersabar," katanya.

Nik Rosnani berpeluang berhubung dengan Melinda ketika lawatan Konsulat Malaysia ke balai polis itu semalam. 

Tidak diketahui sehingga bila Melinda ditahan tetapi Nik Rosnani dimaklumkan mereka perlu mencari peguam untuk menguruskan kes itu dengan bantuan dari Konsulat Malaysia. 

Sumber: Harian Metro

loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close