loading...
loading...
Gajah berusia 70 tahun bernama Tikiri dipaksa berjalan jarak jauh setiap malam agar orang ramai dapat berasa 'dirahmati' dalam satu upacara keagamaan.
Gajah betina itu terlalu kurus sehingga boleh menampakkan tulang-temulangnya di sebalik kulitnya yang sudah dimamah usia. Tetapi haiwan itu dipakaikan dengan kostum berwarna-warni semata-mata untuk menjayakan upacara tersebut tanpa diketahui oleh orang ramai keadaan sebenarnya yang terseksa.
Lek Chailert, pengasas Save Elephant Foundation, organisasi yang menyelamatkan gajah di Thailand berkata, Tikiri adalah salah seekor gajah dari 60 ekor gajah yang dipaksa bekerja selama 10 malam berturut-turut di Esala Perahera, salah satu festival Buddha yang tertua, menampilkan pemakan api, penari dan gajah yang dihiasi dengan mewah di Kandy, Sri Lanka.
"Tikiri menyertai perarakan sejak awal petang sehingga larut malam setiap hari selama 10 malam berturut-turut di tengah-tengah bunyi bising, acara mercun dan asap. Dia banyak berjalan jauh setiap malam agar orang akan merasa diberkati semasa upacara itu.
"Tiada sesiapa yang dapat melihat badannya yang kurus dan kerdil serta lemah itu dan tiada sesiapa yang melihat air matanya yang cedera oleh lampu terang yang menghiasi topengnya. Tiada sesiapa yang melihat kesukaran untuk dia melangkah di mana kakinya diletak sesuatu agar dia bergerak perlahan.
"Bagaimana kita boleh katakan perbuatan ini sebagai memberi kerahmatan kepada mereka yang lain jika kita menyeksa haiwan ini?" katanya.
Sementara itu, jurucakap penganjur festival itu berkata, mereka selalu menjaga kebajikan haiwan itu dan mengesahkan Tikiri telah dibawa berjumpa dengan doktor haiwan.
Sumber: Metro UK, World of Buzz
loading...
loading...
loading...
0 comments:
Post a Comment