loading...
loading...
Semenjak pulang dari Sarawak, wanita ini mendakwa dia dan keluarganya diganggu oleh 'benda' yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi dapat merasa kehadiran 'benda' itu di kediamannya.
Pelbagai petanda yang ditunjukkan dan anak wanita ini juga seakan-akan dapat melihat 'benda' itu. Tidak tahan dengan gangguan itu, si ibu tiada pilihan lain iaitu meminta bantuan ustaz.
Setelah diselidik, 'benda' itu dipercayai menumpang dalam patung yang dibelikan kepada anaknya selama ini.
Setelah diselidik, 'benda' itu dipercayai menumpang dalam patung yang dibelikan kepada anaknya selama ini.
FIKIR balik macam tak percaya apa yang berlaku. Minta jauh dahlah benda-benda macam ni.
Lama dah Hanna berkawan dengan 'benda' dalam patung ini. From Sarawak ikut balik ke Kelantan. Allahu.
Pesan saya, tak payahlah beli patung yang cukup sifatnya seperti ini sebab senang 'benda' yang tak elok nak menumpang.
Sebelum ini baca kisah orang lain yang kena, kali ini terkena pada batang hidung sendiri. Sampai tahap saya kena ganggu. Jauh betul 'benda' ini merantau ikut saya dan Hanna.
'Benda' itu nak beritahu dia tu ada dengan cara:
- Tendang katil
- Tak dapat tidur, seperti ada yang memerhati
- Uban putih melekat kat saya
- Main buka tutup pintu tandas
- Buka pili air tetapi bila pergi periksa, air tak keluar pun
- Hanna tunjuk-tunjuk sesuatu semasa berada dalam tandas
- Bunyi 'zrapp' kat tepi telinga
Tetapi tetap positif lagi. Hari ini panggil ustaz sebab dah tak tahan sangat. Ya, benda menumpang dari Sarawak, yang tidak bertuan ingin mencari tuan.
Alhamdulillah kali ini Allah kuatkan semangat saya nak lawan 'benda' macam ni. Tetapi sekarang trauma lagi, tak dapat nak tidur seorang.
Nak cerita, panjang sangat. Jadi, pesan saya tak payah ada patung seperti ini. Kasihan anak-anak. Dengar cerita ini macam mengarut kan? Tetapi itulah hakikatnya bila sudah terkena pada diri sendiri.
Sumber: Puan Muda Nina Dyssabell
loading...
loading...
loading...
0 comments:
Post a Comment