TR

'Jangan kita sedap mulut saja' - Ustaz Kazim tak setuju wanita berkahwin dengan suami orang digelar penyondol

loading...
loading...



Pendakwah bebas, Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias al-Hafiz tidak bersetuju wanita yang berkahwin dengan suami orang digelar sebagai penyondol. Ini kerana gelaran itu memberi gambaran yang buruk terhadap perkara yang dihalalkan dalam Islam.


"Siapa kita nak label wanita itu sebagai penyondol, sedangkan Allah SWT sudah menghalalkan perkara berkenaan apabila lelaki itu berkemampuan. 


"Baginda Rasulullah SAW juga mempunyai lebih daripada seorang isteri, apakah kita nak cakap isteri-isteri baginda itu dengan gelaran berkenaan? 


"Jangan kita sedap mulut saja kerana geram atau marah, sedangkan istilah itu sangat tidak sesuai," katanya memetik laporan daripada Harian Metro 7 Mei 2023. 


Tindakan orang ramai melabelkan wanita berkahwin dengan suami orang itu sebagai penyondol kerana didorong oleh emosi marah dan geram memberi gambaran yang negatif sedangkan di sisi syarak, keadaan itu dibolehkan. 


"Poligami ini dibenarkan dalam Islam jika lelaki berkenaan berkemampuan. Kita pula seolah-olah ingin larang atau memberi persepsi bahawa poligami ini buruk dan salah. 


"Siapa kita ingin lawan ketetapan yang sudah dibuat oleh Allah SWT. Jangan kita ikutkan emosi dan marah ini dengan melabelkan orang dengan sesuka hati kerana kita bimbang mungkin akidah kita yang menjadi taruhan kelak. 


"Jika lelaki berkenaan berkemampuan daripada aspek material serta fizikal, poligami berkenaan tidak menjadi masalah untuknya. Kenapa pula kita perlu label wanita yang dikahwininya dengan gelaran yang tidak sepatutnya. 


"Ini tindakan yang tidak betul, malah memberi gambaran yang salah. Kita harus berhati-hati dan mengawal emosi kita jangan sampai melangkaui perkara yang sudah jelas dibolehkan dalam Islam, kita pula yang mengharamkan," katanya. 

loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close