TR

'Kami sedang berusaha supaya Kabinet ini tidak tahan lama, insyaAllah PN akan kembali memerintah' - Shahidan

loading...
loading...



Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mendakwa Perikatan Nasional (PN) akan kembali memerintah Malaysia kerana ada usaha yang sedang dibuat bagi memastikan Jemaah Menteri Anwar Ibrahim tidak bertahan lama. 


"Kita bersyukur, petanda yang baik sekarang ini ialah sokongan kepada PN luar biasa. Saya ucap tahniah kepada barisan Kabinet Anwar. Kita redalah apa yang berlaku. 


"Jadi, kami sedang berusaha supaya Kabinet ini tidak tahan lama dan insyaAllah kami akan kembali memerintah berdasarkan mandat rakyat. 


"Parti yang menang besar ialah anggota daripada PN, iaitu Pas," katanya memetik laporan dari MalaysiaKini. 


Dalam pada itu, Shahidan juga mendakwa Jemaah Menteri yang diumumkan oleh Anwar adalah tidak berpengalaman. 


"Itu sebab mereka terpaksa melantik orang kalah untuk jadi menteri. Padahal orang kalah ini orang yang sudah tidak dapat kepercayaan rakyat, tidak wajar memimpin lagi. Dia jadi pengikut sudahlah ataupun jadi senator biasa. 


"Ahli Parlimen ramai yang hebat, tetapi tidak dilantik, di kalangan UMNO dan DAP, untuk menerajui kementerian-kementerian penting. Tapi mungkin dia (Anwar) anggap mereka ini tidak pandai ataupun tidak pakar hingga terpaksa lantik mereka yang kalah," katanya. 


Sumber: Free Malaysia Today, MalaysiaKini

loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close