TR

Hadi dakwa PN punyai lebih 112 majoriti & tunggu masa diundang ke Istana, tetapi Ahmad Maslan kata...

loading...
loading...



Presiden PAS, Abdul Hadi Awang memaklumkan pihaknya sudah mempunyai lebih dari 112 sokongan Ahli Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. 


Berkata kepada Berita Harian, Perikatan Nasional (PN) kini sedang menunggu untuk diundang ke Istana Negara pada bila-bila masa sahaja. 


Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin sebelum ini juga mengeluarkan kenyataan yang sama di mana pihaknya sudah mengemukakan surat akuan berkanun (SD) melebihi 112 majoriti ahli Dewan Rakyat yang memberi kepercayaan kepada Muhyiddin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10. 


Bagaimanapun, Setiausaha UMNO, Ahmad Maslan berkata, SD selain yang ditandatangani semasa menjadi calon BN adalah tidak sah kerana ia bertentangan dengan SD baharu yang telah dibuat. 


Pagi tadi, seramai 27 anggota Parlimen BN hadir dalam perjumpaan bersama pemimpin PH di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur yang dipercayai berkaitan dengan perbincangan kerjasama membentuk kerajaan pusat. 


Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi meminta Istana Negara melanjutkan tempoh untuk membuat keputusan bagi menyokong siapa yang akan menjadi Perdana Menteri ke-10. 


Dalam masa yang sama, Zahid menegaskan pihaknya setakat ini tidak melakukan sebarang rundingan dengan mana-mana pihak termasuk Perikatan Nasional. Tindakan mana-mana ahli Parlimen BN yang menandatangani sebarang dokumen SD untuk menamakan sesiapa sahaja untuk menjadi perdana menteri juga adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan parti


Susulan permintaan BN, Istana Negara bersetuju melanjutkan masa sehingga jam dua petang Selasa kepada ketua parti atau gabungan politik untuk mengemukakan gabungan parti bagi pembentukan kerajaan baharu dan pelantikan Perdana Menteri ke-10. 


Sumber: Harian Metro, MalaysiaKini

loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close