TR

Budak tertelan bateri yang meletup di dalam badannya, kini sedang bertarung nyawa di hospital

loading...
loading...



Seorang kanak-kanak lelaki tertelan bateri yang meletup di dalam badannya kini sedang bertarung nyawa di hospital. 


Dylan Alejandro yang berusia dua tahun dilaporkan tertelan bateri yang telah menyebabkan esofagusnya terbakar dalam kejadian Oktober lalu di kediamannya di Cananea, Sonora, barat laut Mexico. 


Keluarganya mengakui mereka tidak menyedari kejadian tersebut dan hanya tahu apabila mendapati mangsa mengalami kesukaran untuk bernafas, lalu membawa mangsa ke hospital sebelum dimaklumkan bahawa kanak-kanak itu tertelan bateri. 


Disebabkan mangsa mengalami kecederaan teruk, dia kemudian dipindahkan ke hospital lain di ibu negeri, Hermosillo. 


Ibu kepada lapan anak, Nayeli Guadalupe Coronado Nino berkata, anaknya mengalami luka melecur di bahagian esofagus dan salah satu paru-parunya mengalami jangkitan selepas bateri itu meletup di dalam badannya. 


Dylan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 23 Oktober ekoran darahnya tidak lagi memproses oksigen. Media tempatan melaporkan, Dylan hanya boleh dibedah oleh pakar bedah sekiranya tahap oksigennya kembali stabil. 


Keluarga Dylan kini memohon bantuan orang ramai di media sosial untuk menghulurkan sumbangan bagi membiayai kos rawatan anaknya kerana mereka tidak mempunyai insurans kesihatan.


Sumber: Daily Star

loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close