TR

Anwar tak layak jadi PM kerana gagal uruskan krisis ekonomi 1997 - Hadi Awang

loading...
loading...



Presiden Pas, Hadi Awang mendakwa, Anwar Ibrahim tidak layak menjadi perdana menteri kerana gagal menguruskan krisis ekonomi pada tahun 1997 hingga 1998 ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan.


Kegagalan Anwar itu menyebabkan Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu terpaksa mencari jalan lain untuk menyelesaikan masalah tersebut. 


"Dulu masa PH perintah hampir dua tahun, Anwar buat apa? Janji manifesto pun dia tak buat," katanya yang menggesa rakyat tidak terpengaruh dengan taktik PH mahu mengangkat Anwar sebagai calon Perdana Menteri ke-10. 


Menggulas mengenai kenyataan Nga Kor Ming yang memberi amaran bahawa pentadbiran Malaysia akan menjadi seperti negara Taliban sekiranya PN menguasai Putrajaya, Hadi menyifatkan pemimpin DAP itu kurang cerdik apabila bercakap mengenai Taliban. 


Ini kerana, pentadbiran Pas di Kelantan, Terengganu dan Kedah telah membuktikan kemampuan parti Pas menjadi kerajaan. 


Justeru, Hadi meminta rakyat tidak terpengaruh dengan hasutan DAP, sebaliknya perlu sedar agenda komunis parti itu lebih berbahaya. 


Sumber: Free Malaysia Today

loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close