TR

(Video) ‘Tunang saya buat hal, ikut lelaki lain' - Kecewa dikhianati tunang, lelaki berjalan seorang diri di tengah malam sambil menangis

loading...
loading...



Hasrat menghalalkan pasangan tidak kesampaian apabila si gadis yang bakal menjadi isteri dikatakan telah berpaling tadah dengan menjalinkan hubungan bersama lelaki lain. 

Kecewa dengan perbuatan khianat tunangnya, lelaki ini sanggup berjalan kaki membawa dirinya yang kecewa di jalan raya seorang diri tanpa hala tuju, sambil menangis meratapi kepiluan di hati. 


Bagaimanapun, ada beberapa orang awam yang prihatin menghampirinya untuk bertanya mengenai apa yang telah berlaku, kerana bimbang melihat lelaki itu berjalan seorang diri di waktu malam. 


Setelah diselidik, lelaki itu mengakui dia telah ditinggalkan tunangnya yang mengikut lelaki lain. 


@jarrr00

Masalah-masalah 😂 pening

♬ original sound - 𝕵𝖆𝖗𝖗𝖔 - Ibu punya ✨
@jarrr00 Replying to @𝓁𝒾𝓉𝓉𝓁ℯ 𝓅𝒶𝒾𝓃🌻 ♬ original sound - 𝕵𝖆𝖗𝖗𝖔 - Ibu punya ✨


Mendengar jawapannya itu, orang awam berkenaan meminta dia bersabar dan bertenang seketika, sementara mereka memikir bagaimana mahu membantu lelaki itu. 


Menurut Tiktoker, Jarr, yang memuat naik video itu berkata, mereka tidak mengenali lelaki itu dan pada waktu kejadian mereka baru plang dari membeli burger sebelum terserempak dengan lelaki berkenaan yang kelihatan seperti mabuk berjalan seorang diri.


"Kitorang ni bukan kawan dia. Kitorang baru balik dari beli burger, pastu nampak bro ni macam mabok berjalan seorang-seorang," katanya. 


Lelaki yang memakai helmet berkenaan juga tampil menjelaskan, "Malam kejadian itu, beberapa pengadu meminta tolong dari saya yang kebetulan lalu di situ. Bro itu cakap, dia ditinggalkan tunangnya. Saya cuba menenangkan dia, bagi kata semangat pada dia. 


"Saya kata yang saya juga pernah melalui kesakitan seperti dia cuma kisah saya lebih sakit. Kalau dia ditinggalkan tunang, saya ditinggalkan oleh bekas isteri. 


"Alhamdulillah selepas saya kata begitu, baru dia terduduk dan menangis. Dapatlah juga kami menenangkan dia," katanya yang bekerja sebagai anggota keselamatan. 


Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen bersimpati dengan nasib lelaki berkenaan. 


"Sampai hati tunang dia buat macam tu. Tak nampak ke kesungguhan dia. Kenapa pergi dekat orang lain?" kata Syasya. 




Sumber: TikTok Jarr
loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close