Hiasan rangoli seringkali dibuat pada perayaan Deepavali, menggunakan beras berwarna. Ia bukanlah sekadar hiasan semata-mata, juga membawa maksud sosial, kerohanian dan simbolik pada perayaan itu di mana penganut agama Hindu percaya Dewi Kekayaan akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan rangoli di pintu masuk rumah mereka.
Tular di media sosial hari ini, video yang menunjukkan seorang lelaki lengkap memakai busana Baju Melayu dengan selambanya memijak dan merosakkan hiasan Rangoli sambil dirakam oleh rakannya yang turut tertawa.
Walaupun sedar perbuatan lelaki itu adalah vandalisme, wanita itu tetap meneruskan rakaman sebelum dimuat naik ke akaun media sosial dan akhirnya tular di serata platform media sosial.
Tengok mentality Pukimak Ini pic.twitter.com/ZtEKw2xBlw
— INDRREN (@Vindhar1) October 30, 2022
Menyedari dirinya mula dikecam, lelaki terbabit segera menyahaktifkan akaun media sosial. Namun tindakannya itu sudah terlambat berikutan netizen lebih pantas melakukan siasatan sendiri dengan berpandukan pautan berita yang dikongsikan di bio Instagram lelaki itu.
Berdasarkan laporan berita itu, lelaki terbabit dipercayai berusia 24 tahun dan pernah menjadi penuntut sebuah IPTA di Melaka.
Perbuatannya itu mengundang kemarahan netizen yang menyelar lelaki itu biadab dan tidak menghormati perayaan kaum lain sehingga tergamak berbuat demikian.
"Mangkuk tu memang saja nak burukkan nama Melayu. Elok kau buanglah songkok dan pakaian tu, pergilah telanjang ke apa. At least orang tahu kau gila!" kata Indera Putera.
"Eh bodohnya, apa motif buat macam tu? Nak announce kebangangan diri ke?" kata Irzzwani.
"Bagi aku simple je. Dalam agama aku diajar untuk menghormati. Dia pula tak menghormati kepercayaan orang lain. Bermakna dia tidak beragama. Simple. Logiknya hanya orang gila dan bebal yang tak pandai menghormati orang lain," kata Hashim Zulkifli.
Netizen mengges ada individu yang tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa agar lelaki itu disiasat dan dikenakan tindakan kerana menghina agama lain.
Sumber: Twtter Vindhar1
0 comments:
Post a Comment