Foto Utusan Malaysia |
Ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, 36, yang diculik sekumpulan lelaki ke negara jiran pada 13 September lalu, tampil berkongsi mengenai kronologi penculikannya.
Rosnazirah berkata, dia bagaimanapun tidak dapat mengingati dengan jelas dan hanya tahu dirinya ditahan di sebuah rumah (inap desa0 Di sebuah perkampungan di Laos.
"Ketika tiba di tebing Sungai Golok pada hari kejadian untuk menaiki bot, ada beberapa saksi di sekitar tetapi mungkin mereka tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku atau tidak ingin masuk campur kerana takut.
"Sebaik menyeberangi Sungai Golok, saya dibawa menaiki kereta dan terus menuju ke destinasi yang tidak diketahui, tetapi menempuh perjalanan yang lama sehinggalah tiba di sebuah rumah di Laos," katanya.
Sejak dari itu, hampir setiap Rosnazirah menangis dan bertanya bila dia akan dikembalikan ke pangkuan keluarganya, memandangkan kumpulan berkenaan tidak meminta sebarang wang tebusan.
Menurutnya, sepanjang perjalanan dari Thailand menuju ke Laos, mereka menempuh banyak sekatan jalan raya. Rosnazirah ketika itu hanya mampu berdoa mereka ditahan dan sekali gus diselamatkan pihak berkuasa. Malangnya, perkara itu tidak berlaku.
Rosnazirah berkata, dia menerima layanan yang baik dari kumpulan penculik itu yang tidak diketahui motif mereka. Soal makan dan minumnya tetap dijaga, tetapi timbul juga perasaan bimbang jika dia diapa-apakan oleh mereka.
Pernah terdetik di hatinya untuk menjerit meminta pertolongan, tetapi hasrat itu terpaksa dilupakan kerana perbuatan itu hanya sia-sia dan kawasan di sekitar adalah kawasan sawah padi serta tiada sesiapa yang faham dengan jeritannya. Maka, dia hanya sekadar mampu berdoa sahaja.
Sehinggalah pada satu hari, salah seorang penculik memberitahu dia akan dibebaskan. Apabila ditanya bila, lelaki itu menjawab Rosnazirah akan dibebaskan hari ini.
Rosnazirah kemudian dibawa menaiki kereta menuju ke Bangkok sebelum ditahan pihak Imigresen Thailand. Anggota yang bertugas menyedari wajahnya sama seperti dalam kes penculikan yang tersebar, lalu menahan mereka semua.
Rosnazirah dibawa ke depot tahanan imigresen seketika dan dibawa ke Kedutaan Malaysia di Thailand sebelum proses membawanya pulang ke Malaysia diuruskan.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu mengakui dia masih trauma dan meminta diberikan ruang untuk bertenang sebelum dapat menceritakan sepenuhnya mengenai insiden penculikannya itu.
Sumber: Harian Metro
0 comments:
Post a Comment