TR

'Saya bukan pengkhianat, tak pernah lompat parti' - Azmin Ali nafi dakwaan dirinya adalah pengkhianat kerajaan PH

loading...
loading...

Foto The Malaysian Insight


Bekas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, menafikan dakwaan yang mengatakan dia adalah pengkhianat yang terbabit dalam Langkah Sheraton pada Februari 2020. 


Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu menegaskan bahawa, pengkhianat sebenar adalah pihak yang terbabit dalam dua langkah politik lain iaitu Langkah Kajang dan Langkah Port Dickson yang merujuk kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim. 


Menurut Azmin, Langkah Kajang dilakukan bagi menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dengan bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang pada 2014 tetapi gagal selepas mahkamah mendapati Anwar bersalah atas tuduhan meliwat. 


Langkah Port Dickson pula dilakukan bagi membolehkan Anwar menjadi perdana menteri untuk menggantikan Mahathir, tetapi gagal selepas Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ditumbangkan. 


"Pengkhianat sebenar adalah mereka yang lakukan PRK di Kajang. Mengapa tidak fokus pada Langkah Kajang, Langkah Port Dickson, teatpi fokus pada Langah Sheraton saja?


"Sedangkan Langkah Kajang adalah satu pengkhianatan mutlak, apabila wakil rakyat yang masih hidup, masih berkhidmat dan dipilih pada pilihan raya umum (PRU) tetapi oleh kerana nafsu serakah seseorang, maka dipaksa meletak jawatan untuk membolehkan beliau menjadi Menteri Besar Selangor. 


"Begitu juga di Port Dickson, apabila wakil rakyat yang masih hidup, berkhidmat dan dipilih ketika PRU, dipaksa meletak jawatan untuk memenuhi nafsu serakah seseorang yang ingin menjadi Perdana Menteri? Apakah ini bukan pengkhianatan?" katanya ketika temu bual dalam rancangan Agenda Awani yang disiarkan malam tadi.


Beliau mempertahankan Langkah Sheraton, yang merujuk pada tindakan Bersatu dan 11 Ahli Parlimen PKR dirinya keluar daripada Pakatan Harapan (PH), menyebabkan gabungan itu hilang majoriti sebagai kerajaan.


Azmin juga mendedahkan berlakunya pergaduhan dan perebutan kuasa dalam PH menyebabkan Mahathir meletak jawatan.


Bekas orang kanan Anwar itu turut menolak dakwaan dirinya lompat parti sehingga digelar sebagai katak politik. Sebaliknya dia telah dipecat oleh PKR. 


"Saya tak pernah lompat (parti). Tuduhan bahawa kita golongan katak adalah tidak berasas kerana saya dan kumpulan saya dipecat akibat tidak wujud demokrasi dalam parti lama.


"Saya dipecat kerana menegur seseorang yang terlalu rakus untuk berkuasa dalam negara. Apakah itu salah? Saya menegur kerana melihat PH gagal melaksanakan dasar yang peduli dan prihatin rakyat," katanya.


Sumber: Harian Metro

loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close