TR

Murid Tahun 5 tendang kepala junior sehingga pengsan, sebelum dicabul

loading...
loading...



Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Jawa Timur, Indonesia menendang seorang murid perempuan tahun satu sehingga pengsan sebelum dicabul dalam kejadian yang berlaku di kawasan perkampungan daerah Nganjuk, pada 20 September 2022. 


Ketua Perhubungan Awam Polis Nganjuk, Supriyanto berkata, mangsa yang berusia tujuh tahun terdahulu sedang bermain dengan rakan-rakannya. Suspek, 11, kemudian datang dan mengajak mangsa bersiar-siar di sekitar kawasan berdekatan.


Sebaik saja tiba di lokasi kejadian, suspek meminta mangsa mengambil minuman untuknya dan ketika itulah suspek mengambil kesempatan untuk menendang kepala mangsa sebanyak dua kali sehingga pengsan, lalu dicabul. 


Selepas tersedar dari pengsan, mangsa segera pulang ke rumah dan mengadu kepada ibunya mengenai kejadian tersebut. Bengang dengan tindakan suspek, ibu mangsa terus membuat laporan polis. 


Bertindak di atas maklumat, polis telah menahan kanak-kanak terbabit dan identitinya tidak didedahkan kepada umum atas faktor usia. 


Siasatan mendapati, suspek mengaku banyak menonton video-video tidak senonoh di media sosial yang mendorong dirinya melakukan perbuatan tersebut. 


"Semuanya gara-gara media sosial. Dia menonton yang bukan-bukan, terutama kandungan (video lucah) untuk orang dewasa," kata Supriyanto. 


Kes itu dirujuk kepada pihak Pertubuhan Perlindungan Perempuan dan Kanak-Kanak untuk tindakan lanjut. 


Sumber: Kompas, Astro Awani

loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close