TR

'Lain kali jangan order jauh-jauh' - Customer terkejut baca mesej dari food rider

loading...
loading...



Dalam apa jua jenis pekerjaan, ada cabarannya tersendiri. Sebagai pekerja, seharusnya bersabar dan tidak berputus asa melaksanakan tanggungjawab yang diberi. 


Pekerjaan sebagai penghantar makanan juga ada cabarannya terutama dari segi masa kerana majoriti pelanggan mahu pesanan yang dibuat dihantar dengan segera. 


Tetapi, ada segelintir penghantar makanan yang didapati tidak berpuas hati sekiranya mendapat pesanan pelanggan dalam jarak dekat. Ini kerana caj penghantaran yang diterima dianggap terlalu sedikit dan merugikan masa serta tenaga. 


Semalam, seorang pengguna Facebook, Chris Bright Wellington, berkongsi gambar tangkap layar yang menunjukkan dia ditegur oleh penghantar makanan hanya kerana tidak berpuas hati caj penghantaran yang diterima. 


"Saya order KFC melalui aplikasi Food Panda pada jam 12.45 tengah hari dan sampai jam 1.30 petang, pesanan masih tak sampai-sampai. 


"Saya mesej rider dan dia terus tunjuk perangai B40-nya. Padahal naik moto hantar tak sampai 10 minit pun. Dapatlah satu bintang, nanti saya report rider B40 ni sekali," katanya. 


Berdasarkan gambar, Chris menghantar mesej untuk bertanya adakah makanan yang dipesan sudah siap. Tetapi balasan yang diterima dari rider itu amat mengejutkannya. 


"Lain kali order jangan jauh-jauh. Penghantaran RM4 saja. Lain kali order (dari) Seremban lah," kata rider berkenaan. 






Di media sosial, netizen membidas penghantar makanan terbabit yang dianggap pemalas dan tidak beradab, selain tidak bersyukur dengan pekerjaannya. 


"Orang dah bagi rezeki, lagi banyak cengkadak punya rider. Bila seharian tak ada job, tau pula memohon doa pada Tuhan Yang Esa kurniakan aku rezeki," kata Alif. 


"Pernah dapat rider macam tu, selalu order sarapan pagi dari satu kedai ni since Foodpanda start lagi. Tiba-tiba rider hantar dan bising tanya kenapa order jauh-jauh. Saya terdiam dan terbagi satu star. Hahahaha!" kata Jay. 


"Rider tu yang bangang. Orang tanya elok-elok, jawab sajalah elok-elok. Jauh atau dekat, itu bukan jadi masalah. Dah nama pun kerja. Kalau tak nak hantar jauh-jauh,  tak payahlah kerja," kata Amirul. 


Sumber: Group B40 Buat Perangai Apa Harini

loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close