Umum mengetahui perbuatan seorang makcik menyerang peniaga lain hanya kerana mereka menjual makanan yang sama, tular di media sosial.
Dalam perkembangan terkini, sumber mendakwa makcik terbabit telahpun dikenakan tindakan saman. Tetapi sehingga kini pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
Baca: Padah halau peniaga lain, makcik nasi lemak disaman pihak berkuasa?
Semalam, peniaga yang menjadi mangsa serangan makcik itu, Norli Ana berkata, dia sendiri terkejut dan tidak menyangka akan berdepan dengan perkara sedemikian.
"Saya tak ada pun pergi ke tapak niaga dia. Tiba-tiba makcik itu marah-marah suruh tutup dan jangan jual nasi lemak. Makcik itu berniaga di depan Plaza Vads," katanya.
Menurut Norli, dia dan adiknya berniaga untuk menyara kehidupan masing-masing. Lebih-lebih lagi adiknya yang baru berhenti kerja dan perlu menanggung dua anaknya yang masih kecil.
"Saya kesian pada adik saya yang baru berhenti kerja. Dia mempunyai dua anak yang masih kecil. Tiada niat pun nak mengganggu (perniagaan) makcik itu.
"Sedangkan orang-orang office di situ yang suruh saya buka (jualan nasi lemak), tetapi ada je orang yang tak senang," katanya yang hanya mampu bersabar dan tetap percaya dengan rezeki masing-masing.
Semalam, Norli meluahkan rasa kesalnya terhadap peniaga terbabit yang secara tiba-tiba datang menyerangnya dan mendakwa telah diberi kuasa oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk berniaga di kawasan itu.
Apa yang berlaku pada hari kejadian, sememangnya memalukan. Apatah lagi kejadian itu berlaku di waktu pagi ketika orang mula mahu mencari rezeki.
"Sebab itulah saya malas nak berniaga. Orang Melayu ni dah berapa kali kedai diserang pun Melayu (juga). Penatlah. Tak boleh niaga nasi lemak sebab dia kata di sini dia dah berniaga nasi lemak bertahun-tahun. Hanya dia seorang sahaja yang boleh niaga nasi lemak.
"Ya Allah, apalah.. saya dari cuba bersabar terus hilang mood. Sudahlah saya tidak beberapa sihat nak menghadap manusia seperti itu di waktu pagi.
"Orang yang meminta kami buka gerai nasi lemak di sini di waktu pagi. Orang minta kami buat nasi lemak dan tengah hari set nasi ayam atau ikan goreng dengan acar buah.
"Dia datang-datang terus serang gerai orang. Cakap kuat-kuat sampai pelanggan tengok, malu. Rezeki masing-masing Allah bagi punyalah luas, kenapa nak serang kami? Memang nak bersyarat ke tak boleh niaga nasi lemak? Pasal nasi lemak pun nak bergaduh sampai serang orang ke?" kata Norli semalam.
Namun, tampil seorang lelaki menggunakan nama Jigging Fever, mendakwa Norli suka mencantas rezeki orang dan keadaan peniaga di kawasan itu aman sebelum kedatangan Norli.
"Sebenarnya tuan tanah yang ambil video ini yang huru hara. (Dia) suka mencantas rezeki orang.
"Dulu mereka tak ada, kami niaga kat sini aman dan seronok je. Semenjak dia ada, habis kawan-kawan kami bankrap disebabkan diorang. Memang kacau bilau. Kami memang tidak selesa dengan kehadiran mereka ini.
"Kami berharap sangat mereka tutup je kedai selama-lamanya sebab dulu kami meniaga kat sana dengan aman damai, tiada isu langsung," katanya.
Bagaimanapun, netizen mengecam lelaki itu sehinga koyak dan menyahaktifkan akaun Facebook. Siasatan netizen mendapati, lelaki terbabit merupakan salah seorang peniaga air balang di kawasan itu.
Sumber: TTDI Community
0 comments:
Post a Comment