TR

Saman RM100 tanpa notis, Kementerian Pertanian arah MAHA henti operasi tunda kereta pengunjung

loading...
loading...

Foto AnipDrone


Selepas tular video pengunjung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan penunda kereta mengenakan saman RM100 tanpa notis di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) sepanjang pameran itu berlangsung, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengarahkan pihak pengurusan MAHA mengehentikan semua operasi tunda kereta. 


Dalam kenyataan yang dikeluarkan MAFI berkata, arahan itu berkuatkuasa serta-merta susulan aduan pengunjung yang disiarkan oleh media baru-baru ini. 


Menurut MAFI, operasi tunda kereta itu dilakukan bagi memastikan aliran trafik dan lalu lintas berjalan dengan lancar, selain membantu kelancaran sistem parkir di setiap kawasan parkir dalam MAEPS, sekali gus mengelakkan aliran trafik menjadi sesak apabila terdapat kenderaan yang menghalang kenderaan lalin. 


"MAFI telah mengarahkan pihak pengurusan acara MAHA 2022 untuk menghentikan semua operasi tunda kereta di MAEPS, Serdang sepanjang penganjuran MAHA 2022 berkuat kuasa serta-merta," kata kenyataan itu. 


@anipdrone ANIAYA ORANG! AKU DAH CALL PIHAK MARDI MASING2 LEPAS TANGAN. VIRAL JELA SEBELUM RAMAI YG KENA #MAHA #MAEPS #MARDI #maha2022 ♬ original sound - Anip_Drone


MAFI turut menasihatkan orang awam meletakkan kenderaan mereka di tempat yang telah disediakan iaitu di lot parkir kereta di Laman Tiba 1 (5,000 lot parkir)  dan di Laman Tiba 2 (3,500 lot parkir). 


Dalam masa sama, MAFI memberi jaminan pihaknya akan sentiasa memastikan kemudahan, keselesaan dan keselamatan para pengunjung dan petugas media diberi perhatian sepanjang penganjuran MAHA 2022. 


Sehingga Ahad lalu, MAHA 2022 telah merekodkan jumlah pengunjung seramai 404,000. 


Sumber: Sinar Harian

loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close