TR

Enggan makan nasi, anak angkat dicucuh dengan pemetik api, dipukul dengan penyapu & penyangkut baju

loading...
loading...



Sepasang suami isteri didakwa menganiaya dan mendera anak angkat perempuan berusia empat tahun hanya disebabkan mangsa enggan makan nasi. 


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 12.40 tengah malam semalam. 


Siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku pada 18 Julai lalu di sebuah kediaman di Taman Perumahan di Beranang. Mangsa merupakan anak angkat kepada pasangan terbabit dan pada hari kejadian, mangsa enggan makan nasi menyebabkan suspek bertindak memukulnya. 


"Kejadian disebabkan mangsa tidak suka makan nasi. Suspek memaksa mangsa menelan nasi sehingga termuntah serta kanak-kanak ini dikatakan hyper-aktif. 


"Kanak-kanak malang itu adalah anak kepada warga Indonesia dan kelahiran tidak pernah didaftarkan, malah tiada dokumen pengenalan diri. 


"Mangsa diserahkan kepada suspek untuk dijaga sejak April lalu kerana ibu kandungnya tidak mampu menjaganya," katanya. 


Susulan kejadian itu, polis telah menahan pasangan terbabit berusia 28 dan 30-an itu hari ini. Mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan di mana doktor mengesahkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan. 


Suspek direman selama seminggun untuk siasatan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. 


Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor K Suresh di talian 017-4333795 atau mana-mana balai polis berhampiran. 


Sumber: Harian Metro

loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close