loading...
loading...
Dikongsi kepada umum sebagai pengajaran, wanita ini berkongsikan kisah anaknya yang berusia setahun enam bulan telah berjaya mengundurkan kereta yang diparkir wanita ini di dalam garaj. Dentuman yang kuat mengejutkannya lantas mendapatkan anaknya yang duduk di tempat memandu sambil memegang stereng.
TOLONG jangan kecam. Cerita ni adalah untuk iktibar semua. Manusia hanya hanya boleh merancang dan kita selalu melakukan kesilapan. Kadang-kadang Allah memang akan beri kita peringatan dengan ujian ujian yang akan menjentik hati kita. Supaya kita sedar akan kesilapan kita.
Hari ni anak saya yang baru je berusia 1 tahun 6 bulan telah berjaya reverse kereta yang saya parking dalam garaj.
Saya nak keluar rumah dengan anak-anak. Selepas masukkan anak-anak dalam kereta, saya hidupkan enjin kereta dan buka aircond. Sementara saya masuk ke dalam rumah sebentar untuk ambil beg dan kunci pintu rumah.
Silap saya adalah, saya tak terus letak anak di carseat sebab saya plan untuk letak bila dah nak gerak. Tiba-tiba bunyi dentuman kuat datang dari luar rumah. Hampir gugur jantung mendengar bunyi tersebut. Sepantas kilat saya berlari keluar dan dapati kereta telah berundur dan bonet kereta melekat di pintu pagar.
Ya Allah. Saya terus peluk anak sebab Allah masih jaga mereka. Kerana pintu pagar yang masih tertutup inilah kereta tidak berundur sampai ke jalan utama yang sibuk dengan kenderaan yang lalu lalang.
Saya silap sebab saya sangka anak saya kecil lagi dan tidak pandai untuk menggerakkan gear kereta. Tapi anak anak yang kecil inilah yang akan memerhati dan tiru apa sahaja yang kita buat. Anak saya dah mula pandai tiru saya cara membawa kereta.
- Jika ingin tinggalkan anak kecil khususnya di bawah 3 atau 4 tahun sebentar di dalam kereta, pastikan mereka duduk menetap di kerusi mereka atau car seat.
- Pastikan ada anak-anak yang lebih besar menjaga mereka di dalam kereta.
- Kenal pasti kebolehan anak dan perkara perkara yang mungkin anak kecil kita boleh lakukan dan boleh membahayakan keselamatan mereka.
- Sentiasa ajar anak yang lebih besar untuk kunci pintu daripada dalam.
- Kenal pasti segala macam keadaan yang mungkin berlaku apabila kita tinggalkan anak-anak walaupun sebentar.
Ini adalah sekiranya ibu atau ayah terpaksa keluar bersama anak anak dan tinggalkan mereka sebentar di dalam kereta. Jika boleh dielakkan itu lebih baik.
Sumber: Faiza Tuban
loading...
loading...
loading...
0 comments:
Post a Comment