TR

(Video) Penyokong Indonesia tak bertamadun, Syed Saddiq akan tuntut bela

loading...
loading...

Susulan tewas dalam perlawanan bola sepak bagi aksi pertama Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta bertindak menyerang penyokong Malaysia dengan membaling objek keras termasuk besi, botol dan suar. 

Akibatnya, seorang penyokong Malaysia mengalami patah tangan akibat ketika cuba menyelamatkan diri daripada serangan provokasi penyokong Indonesia. Manakala seorang lagi cedera di kepala dan belakang badan akibat terkena objek yang dibaling. 

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kesal dengan kejadian yang menimpa penyokong Malaysia dan menegaskan akan menuntut bela dengan membuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan rakan sejawatnya di sana. 

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga akan membuat aduan rasmi kepada FIFA berhubung insiden yang tidak bertamaduan dan memalukan oleh pihak penyokong Indonesia. 







Terdahulu, ketibaan penyokong Malaysia di stadium itu juga disambut dengan dingin di mana penyokong tuan rumah membaling batu. 

Pasukan negara juga berdepan ancaman yang sama dan mereka terpaksa dibawa masuk ke stadium dengan kenderaan Barracuda. Setelah tamat perlawanan, kesemua pemain dan pegawai juga terpaksa menaiki kenderaan yang sama pulang ke hotel penginapan atas faktor keselamatan. 

loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close