loading...
loading...
Dalam kejadian jam 7.43 malam itu sempat dirakam dashcam pengguna lebuhraya dan viral di media sosial sehingga mengundang kemarahan netizen.
Susulan kejadian itu, polis meminta pemandu SUV terbabit dalam kemalangan dengan ambulans swasta di Kilometer 25.9 Lebuhraya Karak arah Gombak, tampil membantu siasatan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu dari pemandu ambulans pada malam tadi.
Pada malam kejadian itu, ambulans terbabit dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Bentong, melalui lorong kecemasan dengan memasang siren dan lampu kecemasan. Namun secara tiba-tiba kenderaan SUV itu memasuki lorong kecemasan.
Pemandu ambulans tidak sempat mengelak lalu bergesel dengan SUV terbabit sebelum terjatuh ke longkang yang menyebabkan bahagian hadapan dan kirinya rosak.
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan kes telah diselesaikan bersama tanpa membuat laporan polis.
Walaupun begitu, polis meminta kedua-dua pihak tampil membuat laporan kerana ia membabitkan kepentingan awam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dalam keadaan melulu sehingga menyebabkan kemalangan.
Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/POLIS
loading...
loading...
loading...
0 comments:
Post a Comment