TR

Pemandu Mercedez kelar leher sendiri selepas kemalangan

loading...
loading...

Seorang lelaki warga emas mengelar lehernya sendiri selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tali Air, Sawah Sempadan, Tanjong Karang, awal pagi tadi, lapor Harian Metro. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Noor Janihan Nanyan berkata, kejadian itu berlaku pada jam 2.30 pagi di mana mangsa berusia 66 tahun yang memandu kereta Mercedez Benz C200 berhenti di tengah jalan. 

Pemandu kereta Perodua Myvi yang melalui jalan itu tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian hadapan Mercedez Benz dan tercampak ke dalam parit, menyebabkan pemandunya yang berusia 40 tahun itu maut serta-merta. 







Warga emas berkenaan bertindak mengelar lehernya sendiri selepas kemalangan itu dan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 

Sumber: Harian Metro
loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close