TR

Isteri bakar anak & suami kerana enggan jual rumah pusaka untuk bayar hutang RM2.97 juta

loading...
loading...

Bengang suami tidak mahu menjual rumah pusaka untuk melangsaikan hutang RM2.97 juta, si isteri tergamak mengupah pembunuh upahan untuk membunuh suami dan anak tirinya. 

Aulia Kesuma, 35, mengupah empat pembunuh upahan untuk membunuh Edi Chandra Purnama, 54, dan M Adi Pradana, 23, di rumah mereka di Lebak Bulus, Jakarta Selatan dalam kejadian Ogos lalu. 

Setelah dibunuh, suspek meletak mayat dua beranak itu di dalam kereta yang ditinggalkan di stesen minyak. 

Pada 25 Ogos, 7 pagi, Aulia ditemani seorang anak, memandu kereta itu ke satu lokasi di Jawa Barat dan dalam perjalanan ke lokasi itu, dia sempat membeli minyak petrol. 

Setibanya di lokasi, Aulia meminta anaknya membakar kereta itu. 

Ketua Polis Sukabumi, Superintendan Nasriadi berkata, siasatan mendapati Aulia sebelum ini membuat pinjaman bank di atas namanya berjumlah 7 bilion rupiah (RM2 juta), 2.5 bilion rupiah (RM748,000) di atas nama dia dan suaminya serta mempunyai tunggakan kad kredit berjumlah 500 juta rupiah (RM149,000). 

Difahamkan, pasangan itu merancang menggunakan pinjaman itu untuk mengusahakan beberapa perniagaan termasuk restoran, tetapi perancangan mereka menemui kegagalan. 

Suspek kemudian memujuk mangsa menjual rumah mereka untuk melangsaikan hutang. Tetapi cadangan suspek tidak dipersetujui oleh Edi kerana rumah itu adalah harta pusaka peninggalan ibu bapanya. 

Berang dengan keengganan suami, Aulia nekad mengupah empat pembunuh upahan untuk membunuh Edi dengan upah 500 juta rupiah.

Ketika ditemui wartawan, Aulia mengaku dia lega selepas menamatkan riwayat dua beranak itu kerana rumah itu telah disita oleh pihak bank untuk melunas hutangnya. 

"Maksud lega itu, saya sempat mengucapkan Alhamdulillah dalam hati. Akhirnya saya lepas dari hutang yang benar-benar menghimpit saya. 

"Sebelum ini saya berasa stress dan tergerak hati mahu membunuh diri kerana terpaksa membayar hutang itu setiap bulan," katanya. 

Ekoran kejadian itu, suspek ditahan dan akan diarahkan menjalani pemeriksaan mental berikutan keterangan yang diberikannya agak pelik. Manakala anaknya dirawat di hospital selepas badannya melecur ketika membakar kereta itu. 

loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close