TR

'This is small warning, next time I'll burn ur house!' - Pasangan suami isteri diugut Ah Long angkara bekas pemilik rumah

loading...
loading...

Pasangan suami isteri yang baru saja menimang cahaya mata berdepan dengan situasi cemas apabila pagar kediaman mereka disimbah dengan cat merah. 

Perbuatan itu dilakukan oleh Ah Long yang mahu menagih hutangnya yang masih belum dilangsaikan oleh peminjam. 

Namun, penghuni rumah itu menjelaskan bahawa dia bukanlah individu yang dicari oleh Ah Long itu, sebaliknya bekas pemilik rumah itu telah berpindah entah ke mana dan dia hanya mangsa keadaan. 

Malangnya, Ah Long itu enggan peduli dan menganggap itu semua hanya sekadar alasan, lalu mengugut mangsa membayarnya US$3,000 atau dia akan melakukan onar yang lebih teruk. 

Perkara itu dikongsikan oleh adik mangsa di Twitter, yang meminta bantuan dari orang ramai.



"Owner rumah lama pinjam duit dengan Ah Long. Then abang aku pula jadi mangsa. Pastu Ah Long itu kata, tak kira terlibat atau tidak, dia nak $3,000 atau dia akan buat tindakan selanjutnya. 

"Sudahlah dalam rumah itu ada bini abang aku yang baru lepas bersalin. Gais, help me banteras Ah Long ini dari mengganggu abang aku. 

"Ini nota yang dia tampal di pagar. Itu nama orang yang berhutang dengan Ah Long itu," katanya. 



Rata-rata netizen menasihatkan mangsa meminta bantuan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang lebih arif menguruskan hal yang berkaitan dengan Ah Long. 

Tidak kurang juga yang menasihatkan mangsa terus membuat laporan polis di IPD berhampiran kerana suspek telah membuat ugutan dan ancaman terhadap keselamatan pasangan itu. 

Sumber: @Azlyamry
loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close