loading...
loading...
Padah menyebarkan dakwaan yang tidak benar mengenai kehilangan remaja Ireland, Nora Anne Quoirin kononnya dirogol oleh Orang Asli, polis telah menahan lelaki bernama Zikri Armstrong.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, Zikri terdahulu datang memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada jam tujuh malam tadi.
Zikri terus ditahan dan kes diserahkan kepada Bukit Aman untuk siasatan lanjut dan kes didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan.
Zikri sebelum ini memuat naik tweet fitnah kononnya Nora Anne dirogol oleh Orang Asli dan katanya pihak berkuasa tidak akan dapat mencari suspek kerana kebanyakan Orang Asli tidak mempunyai kad pengenalan.
Bagaimanapun, Zikri memadamkan tweet itu setelah dikecam teruk oleh netizen, malah membuat permohonan maaf secara terbuka dan menjelaskan tweet itu dimuat naik kerana dia terlalu emosi mengikut kes tersebut.
Rata-rata netizen tidak menerima permohonan maafnya itu dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Zikri yang menyebarkan fitnah, mencemarkan imej kaum Orang Asli dan juga memperlekehkan kecekapan polis dalam menjalankan tugas.
Sumber: Harian Metro
loading...
loading...
loading...
0 comments:
Post a Comment