loading...
loading...
Laporan bedah siasat yang dijalankan terhadap mayat remaja Ireland yang dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu mendapati, punca kematiannya adalah disebabkan kebocoran usus kerana tidak makan dalam tempoh panjang.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, Nora Anne Quoirin meninggal dunia dalam tempoh dua ke tiga hari sebelum mayatnya ditemui kelmarin.
"Hasil bedah siasat oleh pakar patologi yang memakan masa 10 jam semalam mendapati Nora Anne mati dalam masa dua ke tiga hari sebelum ditemui.
"Punca kematian adalah disebabkan kebocoran usus kerana tiada makanan dalam tempoh yang panjang dan stress berpanjangan," katanya memetik laporan dari Harian Metro Khamis.
Selain itu, tiada sebarang kesan luka atau kesan jenayah ditemui pada mayat mangsa melainkan calar kecil pada kaki. Malah tiada kesan dirogol seperti yang didakwa sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sumber: Harian Metro
loading...
loading...
loading...
0 comments:
Post a Comment