TR

Model nyaris maut selepas terkena jangkitan kuman dalam darah dari lepuhan yang disebabkan tali kasut

loading...
loading...

Model berusia 23 tahun dari West Sussex, England nyaris maut apabila dijangkiti penyakit sepsis dari lepuhan yang disebabkan oleh kasut 'wedges'nya. 

Gemma Downey sebelum itu berjalan dan terasa bahagian belakang atas tumit kakinya bergesel dengan tali kasut itu sehingga meninggalkan kesan lepuhan kecil. 

Menyangka kesan itu hanyalah kesan biasa dan perkara yang normal bagi mereka yang memakai kasut baru, Gemma tidak mengendahkan dan hanya menampal 'handyplast' pada lepuhan itu. 

Namun dia mula menyedari kesan lepuhan itu berwarna pelik dan tidak dapat berjalan dengan betul. 

"Saya mula sedar saya tidak dapat berjalan dengan baik dan terasa sangat sakit di bahagian tumit dan pernah terjatuh disebabkannya. Rasa sakitnya tak terkata," katanya. 

Gemma kemudian membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor dan diberi antibiotik. Tetapi masih tiada sebarang perubahan positif, mendorong Gemma terus pergi Jabatan Kecemasan di Worthing Hospital dan doktor di sana juga tidak dapat mengenal pasti apa penyakitnya. 

Keesokan paginya, Gemma muntah. Dia kembali bertemu dengan doktor yang dimaklumkan bahawa dia menunjukkan simptom awal penyakit sepsis di mana darah atau tisu dijangkiti kuman yang berpotensi menyebabkan organ dalaman gagal berfungsi dan boleh membawa maut. 

"Rasa sakit di seluruh badan. Dada sakit, sukar bernafas, saya tahu ada sesuatu yang tidak kena.

"Bila berjumpa dengan doktor, katanya kadar degupan jantung saya meningkat, tekanan darah pula di tahap yang sangat rendah serta suhu badan agak tinggi. 

Bagaimanapun, Gemma bernasib baik kerana dia segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan sebelum jangkitan itu merebak ke bahagian lain. 

Disebabkan penyakit itu juga, Gemma tidak dibenarkan memakai kasut seperti wedges, tumit tinggi dan seumpamanya selama tiga bulan kerana kecederaannya memerlukan tempoh lama untuk sembuh. 

loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close