TR

'Dia cekak pinggang gais...' - Nak rakam moment memanggang, terakam kelibat pontianak

loading...
loading...

Tengah berseronok memanggang makanan, sekumpulan lelaki ini dikejutkan dengan kehadiran makhluk yang tidak diundang. 

Gambar yang dirakam oleh Din (@kmalsyafiqq) itu dimuat naik ke laman sosial dan kini mencetuskan pelbagai reaksi netizen, apakah makhluk itu benar-benar muncul atau sekadar ilusi? 

Menurut Din, kejadian itu berlaku pada 12 Ogos lalu kira-kira jam 3.28 pagi di Blue Lagoon, Port Dickson. 

Gambar tersebut menunjukkan makhluk yang dipercayai pontianak itu sedang bercekak pinggang memerhatikan sekumpulan lelaki berkenaan yang sedang sibuk memanggang. 

"Port dekat area kayak, bawah pokok. Dia cekak pinggang gais hahahaha!" kata Din. 



Ekoran penampakan yang tidak diduga itu, salah seorang dari rakannya demam, manakala yang lain sehingga kini masih berdebat tentang kemunculan 'benda' itu yang didakwa bukan hantu. 

Sementara itu, netizen pula berpendapat makhluk itu sengaja memunculkan dirinya kerana tempat tinggalnya telah diganggu. 





Sumber: @kmalsyafiqq
loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close