TR

'Aku akan pisahkan kepala babi kau dari badan kau' - Terima ugutan bunuh, Setpol Lim Kit Siang buat laporan polis

loading...
loading...

Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, Syahredzan Johan, menerima ugutan bunuh daripada seorang lelaki bernama Zuhir Razak yang mahu mencari memenggal kepalanya. 

Berdasarkan kenyataan ugutan itu, Zuhir berkata, "Kau usir Dr Zakir Naik, aku akan cari kepala kau sampai dapat dan aku akan pisahkan kepala babi kau tu dari badan kau. 

"Ini sumpah aku demi agama Islam dan bangsa Melayu. Kalau berani, cubalah," tulis Zuhir. 


Difahamkan, Syahredzan menerima ugutan itu di Facebook dan telah membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh itu selepas dinasihatkan netizen untuk berbuat demikian.  

Terdahulu, Syahredzan mencadangkan agar status penduduk tetap (PR) Zakir dibatalkan susulan dari kenyataan pendakwaan itu yang dianggap menghina masyarakat Cina dan India di Malaysia. 

Sebelum viral

Selepas viral
Menurut Syahredzan, ada pihak yang bimbang sekiranya Zakir dihantar pulang ke India, beliau tidak akan mendapat perbicaraan yang adil untuk pertuduhan yang dihadapinya. 

"Untuk mengelakkan situasi yang tidak diingini itu, kerajaan boleh dengan secepat mungkin membatalkan status PR yang dimilikinya. Dengan cara ini Zakir boleh dengan sendiri mencari negara lain yang dapat memberi perlindungan kepadanya dan meninggalkan Malaysia," kata kenyataannya itu.

loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close