TR

(Video) Penyewa buat homestay jadi tempat maksiat, menagih dadah

loading...
loading...

Seorang pemilik homestay di Sabah, bertindak untuk menularkan kejadian yang menimpa dirinya beberapa hari yang lalu di mana dia telah ditipu oleh beberapa individu yang tidak melunaskan pembayaran ketika menginap di homestay tersebut. 

Apa yang lebih mengejutkan, homestay miliknya dijadikan seperti tempat maksiat dan penagihan dadah. Beliau berharap kejadian yang menimpanya ini menjadi iktibar kepada pengusaha homestay lain agar tidak menajadi mangsa individu-individu terbabit. 

Segala bukti-bukti dan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga telah dikumpul untuk laporan polis selanjutnya.

HATI-HATI KAMU OWNER HOMESTAY!!
  • 0163782510
  • 0128675065
  • 01126183040
  • 01170341591
  • 0103901277

Sebelum kamu terkena, manusia ini datang pergi homestay buat benda-benda tidak senonoh dalam rumah perempuan dan lelaki.

Pada 5 Mei 2019, mereka datang ke homestay seawal jam 8 pagi. Buat panggilan dan merayu untuk stay. Kami cakap jam 2 petang baru boleh check in. Tapi alasan diberikan, mereka dari Sandakan penat driving tiada sudah tempat lain terima diorang. So, saya terimalah customer, because customer is always right. 

So, jumpa dan bagi check in. Punyalah bau arak dan rokok. Muka mabuk, penampilan dan rupa mereka juga mencurigakan. Hati mula tidak senang. Saya pun monitoring la since satu hari saja. 

Malam itu, diorang mahu invite kawan datang, mahu buat BBQ. Jadi, diorang ambil sewa lagi sebuah rumah. Okey, full payment dengan deposit.

Keesokan harinya, diorang beritahu mahu extend satu malam lagi. Kali ini satu rumah saja. Since monitoring okey, tapi apa-apa pun payment kena bayar. Kali ini saya ambil payment, ada lewat sikit. 

Kali ni, kawan-kawan dia pula yang stay, deposit minta balik. Rupa-rupanya, diorang stay sekali dalam satu rumah tu. Segala pintu, tingkap ditutup. Setiap kali bila pergi dekat rumah, ada terhidu bau semacam saja. Hati bertambah tidak tenang dan sambung monitoring.

Hari berikutnya, customer mahu extend lagi. Tidak mengapa, payment mesti bayar dulu. Di sini mainan bermula. Ketuk pintu, orang dalam suruh cari kawan yang seorang lagi. So, bila WhatsApp, kata busy atur keja, projek la, jual bundle la. Okey, lepas tengah hari baru bayar. 

Bila dah terlebih masa, WhatsApp lagi. Janji lagi selepas sungkai (berbuka puasa). Bila ditanya, bermacam-macam alasan diberikan, sampai ke Subuh, masih juga belum bayar.

Pada 8 Mei 2019, saya terus ke homestay, ketuk pintu sambil WhatsApp salah seorang dari mereka untuk minta payment. Alasan demi alasan, tapi sama. Katanya mahu extend lagi, sekali bayar. Tapi kali ni, saya tidak terima. Payment sudah masalah,  dia suruh ke UTC untuk ambil duit. Ada urusan di UTC, so saya ke UTC, WhatsApp orang itu. Tunggu punya tunggu, dah kena block. Saya drive balik ke homestay, rupanya sudah lari masa saya keluar ke UTC. 

Check keadaan rumah, bau rokok, arak. Paling menyedihkan ada straw serta pemetik api, tempat penagihan?!





So, bukti-bukti dari CCTV dan gambar-gambar sudah dikumpul untuk laporan polis. Kesimpulannya, kecuaian pihak kami kerana terlampau cuai tidak mengambil details para customer. Sebelum kamu terkena, tolong save nombor ini dan nombor kereta. Tapi kalau ada siapa-siapa jumpa, boleh inform kami melalui WhatsApp - 014-9551022



Sumber: Deo Gratis
loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close