TR

'Saya mahu mereka dihukum gantung sampai mati' - Wanita dirogol 5 lelaki di depan suaminya

loading...
loading...

Seorang wanita berusia 20 tahun mengalami trauma selepas dirogol secara bergilir-gilir oleh lima lelaki di hadapan suaminya. 

Dalam kejadian yang berlaku pada 26 April lalu, mangsa yang membonceng motosikal dengan suaminya di kawasan Alwar, Rajasthan, sebelum ditahan oleh suspek dan mengheret mereka ke kawasan gaung berdekatan. 

Dalam tempoh tiga jam itu, mangsa dirogol oleh lima lelaki dan kejadian itu turut dirakam seorang lelaki, dan mengugut akan memuat naik video itu ke media sosial sekiranya pasangan itu membuat laporan polis.

Bimbang akan keselamatan ibu bapa dan keluarganya, mangsa terpaksa mendiamkan diri. 

Namun video kejadian itu tersebar di media sosial membuatkan mangsa dan suaminya mengambil keputusan untuk mmelaporkan perkara itu kepada pihak polis. 

Pihak Polis di Rajasthan telah menahan lima suspek dan suspek keenam juga ditahan kerana merakam dan memuat naik video itu di media sosial. 

Menceritakan semula kejadian itu, suami mangsa berkata, suspek memaksa dia dan isterinya membuka pakaian sebelum mangsa dirogol. 

Mangsa menggesa pihak Kerajaan India mengenakan hukuman mati terhadap kesemua tertuduh. 

"Saya mahu lima lelaki yang merogol saya, merakam saya dirogol walaupun saya merayu berkali-kali agar tidak diperlakukan seperti itu dan kejadian itu telah menjejaskan kehidupan saya, digantung sampai mati. 

"Kalau ada hukuman yang lebih teruk dari itu, ia sepatutnya dijatuhkan terhadap lima lelaki ini," katanya. 

Sumber: Daily Mail
loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close