TR

Ibu kelar bayi berusia 5 hari kerana dia tak nak bayi itu

loading...
loading...

Seorang ibu tergamak mengelar leher bayi perempuannya sendiri kerana dia enggan menerima kehadiran bayi itu, lapor Metro.

Dalam kejadian di Little Ferry, New Jersey, suspek Hiralbahen Bhavsar, 29, ditahan polis pada Khamis lalu selepas dia mengelar leher dan tangan mangsa dengan pisau. 

Sebelum itu, Hiralbahen menghubungi polis untuk datang ke rumahnya kerana dia mengalami kesakitan di dada dan mendakwa suaminya, Jaymin, cuba membunuhnya. 

Jaymin kemudian digari tetapi ahli keluarganya yang lain menjerit, "Tidak! Bukan dia!". 

Pada waktu itu, Hiralbahen keluar dari bilik dan menjelaskan, "Bukan dia, saya yang buat. Saya yang bunuh bayi saya," katanya. 

Polis kemudian menemui mayat bayi berkenaan di dalam bilik tidur dengan kesan kelaran di tangan dan leher. 

Ketika disoal siasat, Jaymin memberitahu keluarganya sedang makan dan mangsa mula menangis lalu dibawa ke bilik oleh isterinya. 

Katanya, Hiralbahen kemudian keluar dari bilik itu tanpa membawa anaknya dan mengambil makanan di meja makan sebelum kembali ke bilik itu lalu mengunci pintu. 

Beberapa jam sebelum itu, Hiralbahen memuat naik gambar dia bersama bayi dan suaminya di media sosial. 

Sementara itu, jiran mereka, Aradhana Thakur berkata, dia tidak mengetahui sama ada Hiralbahen meroyan atau tidak kerana suspek kelihatan normal. 

"Saya nampak dia semalam dan dia nampak okey, normal. Tapi saya fikir dia memang mengalami depresi kerana tiada ibu yang sanggup melakukan anaknya seperti ini. 

Hiralbahen didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh anaknya sendiri. 
loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close