loading...
loading...
Mayat seorang gadis ditemui dalam keadaan reput dan busuk serta tangan kanannya terputus di sebuah hotel di Musi Banyuasin, semalam, lapor Tribun News.
Mangsa, Vera Oktaria, 21, ditemui dalam keadaan tidak berpakaian yang disumbat dalam tilam dan tangan kanannya terputus di dalam bilik tersebut yang disewa bersama teman lelakinya, Deri Pramana.
Difahamkan, Vera yang bekerja di sebuah pasar raya di Palembang sudah tiga hari tidak pulang ke rumahnya. Ekoran kehilangannya itu, satu laporan polis telah dibuat sebelum mayatnya ditemui dalam bilik tersebut.
Menurut pihak polis, mayat Vera ditemui seorang pekerja hotel yang curiga dengan bau busuk yang datang dari bilik itu yang didaftarkan di atas nama seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki mangsa.
Sementara itu, ibu mangsa, Suhartini, berkata, anaknya menjalinkan hubungan dengan Deri sejak waktu persekolahan tetapi sudah lama berpisah..
"Mereka bercinta sejak zaman sekolah tetapi kalau tak silap, mereka sudah lama putus. Vera pernah beritahu yang dia takut dengan Deri kerana sikapnya yang panas baran.
"Vera berkata, 'Saya tak selesa bersama dia lagi yang selalu memukul saya. Saya rasa lebih selamat di rumah berbanding keluar berjalan dengan dia'," kata Suhartini.
Tambahnya lagi, Vera pernah memberitahu ibunya bahawa Deri pernah mengugut Vera mati ditangannya daripada melihat dia dimiliki lelaki lain.
"Deri ini baru dilantik menjadi anggota tentera di Baturaja. Namun, sudah seminggu dia tidak bertugas," kata Suhartini.
Polis kini sedang memburu suspek yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan itu.
loading...
loading...
loading...
0 comments:
Post a Comment