TR

'Padan muka, berbohonglah lagi pada bini' - Suami nak makan sedap seorang, akhirnya terima akibat

loading...
loading...

Apabila sudah berkahwin, tiada apa lagi rahsia di antara suami isteri. Sebaiknya, masing-masing bersikap jujur dan memberi kepercayaan pada pasangan dan dengan itu, hubungan rumah tangga insyaAllah berkekalan.

Namun, adakalanya golongan suami ini nakal sikit. Nak pergi makan sedap, kadang-kadang tak ajak anak  dan isteri. Tahu nak sedapkan perut sendiri saja. Maka dengan itu, sanggup berbohong. Dalam perkongsian Cikgu Abd Ghani Haron ini, mungkin dapat memberi pengajaran kepada golongan suami yang gemar berbuat demikian. Semoga bermanfaat! 

PADAH BERBOHONG PADA ISTERI

Pagi kelmarin ketika selesai solat subuh, saya duduk bersembang dengan beberapa jemaah surau. Seorang bercerita.

"Kelmarin aku teringat nak makan mee kuah di Lahar Yooi. Jadi bila makan tengah hari, aku makan sikit sahaja. Selepas solat zohor, aku beri alasan pada orang rumah nak balik ziarah mak, sedangkan aku sebenarnya nak pi makan mee."

"Kalau bagitau yang sebenar, tentu dia nak ikut, jika dia ikut, balik nanti bimbang dia sakit pinggang kerana duduk atas seat motor kapcai buruk agak jauh."

"Setelah bertolak beberapa lama, aku rasa macam tersesat jalan, sedangkan dah berkali-kali aku pernah pergi ke gerai mee itu. Berpatah balik, minyak motor pula hampir habis, jadi mencari kedai minyak pula sebelum mencari jalan ke gerai tersebut. Akhirnya sampai juga ke gerai itu."

"Tetapi alangkah hampanya, gerai itu tutup, tidak berniaga. Akhirnya balik ke rumah membuka tudung saji menghadap saki baki lauk yang tinggal."

Kami yang diam mendengar dari tadi, gelak berdekah. Seorang berkata, "Padan muka, berbohonglah lagi pada bini." Disambut hilai tawa yang berderai.

Marilah kita mengambil iktibar sedikit dari kisah ini. Nampak seperti Allah menegur suami ini dengan menyebabkan dia sesat jalan, kehabisan minyak dan akhirnya gerai tidak buka. Sebagai suami, sebaiknya semua rezeki dikongsi, dinikmati bersama. Jangan fikir perut sendiri sahaja, nafsu dan selera sendiri sahaja. Sesungguhnya perkahwinan ini satu perkongsian, maka berkongsilah segalanya, baik susah senang, pahit manis, bahagia membahagiakan.

Memang ada ketika boleh membohongj isteri terutama bagi tujuan baik.Sabda nabi

قال النبى صلى الله عليه وسلمكل الكذب يكتب على ابن آدم إلا ثلاث , الرجل يكذب فى الحربِ , فإن الحربَ خدعة , والرجل يكذب على المرأة فيرضيها , والرجل يكذب بين الرجلين ليصلح بينهما
رواه السَنَى : تحذيب أطراف الحديث الصفحة : 22 الجزء الثانى

Semua penipuan akan ditulis atas anak Adam melainkan 3 perkara:

Lelaki yang berbohong ketika dalam medan peperangan. kerana berperang mesti melalui helah atau tipu daya. Lelaki berbohong kepada isteri supaya isteri menyukainya. Lelaki berdusta kerana muslihat di antara dua orang yang bertelingkah atau berkelahi.

Berbohong dalam perkara baik sahaja seperti memuji isteri berpakaian cantik walaupun tidaklah cantik. Pada hadis lain disebut isteri juga boleh berdusta pada suami juga dengan tujuan baik.

Dari Ummu Kalsum binti Uqbah, ia berkata, aku belum pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memberikan keringanan sedikitpun kepada seseorang untuk berdusta kecuali dalam tiga perkara. 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

“Aku tidak menganggap berdusta seseorang yang mendamaikan manusia lalu ia mengatakan sesuatu dengan maksud mendamaikan, seseorang yang berbicara dalam (siasat) perang, dan seorang suami yang berbicara kepada istrinya atau istri yang berbicara kepada suaminya” (HR. Abu Dawud).

Ringkasnya nabi memberi keringanan boleh berdusta suami isteri untuk tujuan kebahagiaan rumah tangga, bukan untuk tujuan kepentingan diri atau muslihat buruk. Peluang suamj atau isteri keluar rumah jangan disalahgunakan. Manfaatkanlah untuk diri tanpa mengabai mereka yang di rumah. Jika boleh berkongsi bersama itu lebih baik.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya bagi yang mahu berfikir. Sesungguhnya Allah tidaklah melepas manusia ke dunia ini bagai melepas haiwan peliharaan di padang, lalu tidak dipedulikan. Tetapi Allah tetap memerhati, memantau, menegur, menguji dan akhirnya menghalau bzlik ke pangkuanNya. 

Kisah di atas satu contoh bagaimana Allah menegur hambanya. Wallahu'alam 

loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close