TR

(Video) 'Nak makan pun tak boleh' - Akibat bermain basikal lajak

loading...
loading...

Viral di media sosial gambar dan video seorang remaja cedera parah di bahagian muka dan mulutnya akibat terjatuh ketika bermain basikal lajak. 

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Padang Serai, Kedah dan tidak dinyatakan tarikh kejadian itu, ibu saudaranya berkata, lidah mangsa terkoyak, bahagian dalam mulut pecah dan mukanya calar balar. 

"Kami terpanggil untuk buat kenyataan ini sebab bila tengok sendiri keadaan anak menakan kami yang luka parah akibat layan basikal lajak. 

"Kecederaan anak menakan kami memang teruk di bahagian muka dan mulut. Bayangkan sampai mulutnya terkoyak, isi dalaman mulut pecah-pecah terima berbelas jahitan. Lidah pun terkoyak panjang," katanya. 

Berikutan kecederaan itu, mangsa mengalami kesukaran untuk makan dan hanya meminum susu untuk mengisi perutnya. 

"Kasihan tengok sebab mukanya habis bengkak-bengkak. Makan pun tak boleh. Dok minum susu saja sebab dalam mulut luka parah. Harap selepas kejadian ini ada keinsafan dalam dirinya," katanya. 



Menurutnya lagi, doktor ada memaklumkan mungkin mangsa akan mengalami kecacatan kekal pada pertuturannya berikutan kecederaan pada lidah mangsa yang agak serius. 

"Doktor pun jelaskan keadaan anak saudara kami ini akan ada cacat kekal dari segi percakapan di mana lidahnya yang terkoyak dan terpaksa dijahit. Parut-parut kekal di bibir dan mungkin ada sebarang kemungkinan yang lain," katanya. 

Meskipun redha dengan apa yang berlaku, ibu saudaranya meminta ibu bapa di luar sana menghapuskan basikal lajak atau menukar basikal lajak anak mereka kembali seperti asal bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. 

"Kami redha dengan apa yang berlaku. Tak sanggup dah kami nak melihat budak-budak lain menerima akibat yang sama. Mohonlah kepada ibu bapa di luar sana hapuskan basikal lajak ini kalau sayangkan anak-anak. Kalau dah berlaku kejadian yang tidak diingini, tiada gunanya baru nak menyesal. Memang bahaya ada di mana-mana, tetapi sekurang-kurangnya kita beringat dan menghindarinya. 


"Sanggupkah ibu bapa di luar sana melihat keadaan anak-anak kita jadi seperti ini dulu dan kemudian baru nak tegah mereka dari bermain basikal lajak? 

"Kalau ada lagi anak-anak kita yang bermain basikal lajak ini, sila tukar agar ia menjadi basikal biasa kembali. Anak-anak ini anugerah dari Allah SWT. Kita kena jaga dan lindungi mereka selagi mampu," katanya.
loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close