TR

'Tak bagi anak-anak tengok sebab ada banyak unsur rosakkan barang, jerit-jerit' - Ibu bapa dakwa Ryan's Toys Review bawa pengaruh negatif

loading...
loading...

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kejayaan Ryan ToysReview yang telah meraih  pendapatan sebanyak jutaan ringgit walaupun kanak-kanak tersebut baru berusia enam tahun.  Kanak-kanak cilik ini yang  berasal dari Amerika Syarikat telah diiktiraf oleh Forbes sebagai salah satu bintang YouTube yang telah memperolehi bayaran tertinggi di dunia pada tahun 2017.  

Ryan, berada di kedudukan kelapan di dalam senarai YouTuber terkaya. Dia telah meraih USD11 juta (kira-kira RM4,486,316) setahun  melebihi daripada $AUD14.6 juta. Tugasnya cukup mudah, hanya dengan membuka dan mengkaji semula mainan baru serta membuat sedikit ulasan. 

Namun, di sebalik saluran ini, apakah mesej dan moral sebenar yang ingin disampaikan? Dan adakah ia menyumbang kepada kebaikan?  

“Welcome to the Ryan ToysReview’’ 

Apabila sahaja ayat pembuka ini kedengaran, kanak-kanak pastinya sudah tersenyum simpul dan tertunggu-tunggu apakah permainan baru yang akan ditunjukkan oleh Ryan. Lumrah kanak-kanak, dunianya adalah bermain dengan permainan. Setiap kanak-kanak akan teruja dengan permainan yang dimiliki Ryan. 

Namun, adakah keterujaan mereka terhenti di situ sahaja sekadar menonton tablet dan terlompat-lompat melihat permainan yang dimiliki Rayyan? Tentu tidak, bukan.  Minda kanak-kanak pasti akan teringat kembali bentuk dan jenama mainan tersebut. Lantas, mereka mula membuat permintaan kepada ibu bapa mereka.    

Ada ibu bapa yang beranggapan apabila anak-anak mereka menonton rancangan ini, anak-anak mereka akan mudah leka sehingga video ini habis ditayang dan ada juga yang tidak menyangka tatabahasa dan percakapan anak mereka di dalam Bahasa Inggeris lebih berkembang apabila melihat Ryan membuat ulasan mengenai permainan baru dan setiap perbualan dan perkataan Ryan dan ibunya menjadi ikutan kepada kanak-kanak. 

Jika dilihat dari satu sudut, ini merupakan saluran yang positif kepada kanak-kanak. Namun, bila melihat dari sudut yang meluas, terdapat juga unsur kontra di sini. 

Sesetengah masyarakat di negara luar, ada yang menganggap program Ryan itu membawa unsur negatif kepada anak-anak mereka. Di Facebook, terdapat satu ruangan (page) yang menentang racangan ini. Mereka bukan sahaja tidak menyukai program Ryan, malah turut melarang anak-anak mereka dari terus menonton saluran tersebut. 

Bagi mereka, bukan sahaja alat permainan yang mempengaruhi anak-anak mereka, malah setiap masa anak-anak mereka mahu ke restoran makanan segera McDonalds. Bukan itu sahaja, coklat, gula-gula dan manisan lain menjadi pilihan anak-anak mereka setiap kali keluar rumah. Dan yang pastinya makanan tersebut sama seperti Ryan!





 

 


Pengaruh Ryan cukup meluas dalam kalangan kanak-kanak. Setiap gerak geri Ryan diperhatikan dan diikuti oleh mereka. Di Malaysia pula, ada sesetengah ibu bapa berpendapat saluran Ryan sebenarnya bukan hanya memfokuskan kepada keuntungan, tetapi sebenarnya menunjukkan pengisian masa ibu bapa dan anak-anak seperti ibu bapa Ryan bermain alat permainan bersama Ryan.  

Kualti masa dan hubungan kekeluargaan yang erat juga dapat dilihat melalui saluran ini. Namun, ada juga yang menentang saluran ini dan menganggap saluran ini membuatkan anak-anak mereka meminta permainan sama seperti Ryan. Jika tidak dituruti kemahuan, anak-anak mula memberontak.  Jika di Malaysia, harga permainan sama seperti Ryan sudah pastinya mahal dan ada sesetengah ibu bapa tidak mampu membelinya. 

Ada yang berpendapat, ibu bapa Ryan menjana pendapatannya melalui saluran itu, tetapi ibu bapa di luar terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk permainan anak-anak.

Konklusinya, baik atau pun buruk saluran ini, pengaruh Ryan mungkin besar kepada kanak-kanak, tetapi sebagai ibu bapa tanggungjawab dan peranan yang tinggi diperlukan demi kebaikan anak-anak. Semuanya terletak di tangan ibu bapa samada terus menyokong anak-anaknya menonton saluran ini atau menentang saluran ini.
loading...
loading...
loading...

About MurahKeNi

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close