loading...
loading...
Terdahulu, sebuah laman melaporkan Datuk Nadzim Joha berkata, Yusuf tidak lagi terbabit secara langsung dengan PPIM pada 16 Mac lalu.
Yusuf yang telah menyertai PPIM sejak lapan tahun itu, segala tuduhan fitnah yang dilemparkan terhadapnya bukan sahaja merosakkan imejnya, malah memberikan kesan yang mendalam kepadanya.
"Fitnah yang dilemparkan terhadap saya sehingga merosakkan imej saya amat memberi kesan. Saya tidak boleh menerima perkara ini.
"Selain itu, saya keluar dari PPIM bagi membolehkan saya meluangkan masa bersama keluarga yang selama ini sering ditinggalkan untuk keluar berjuang bersama PPIM.
"Isu mengenai pergolakan dalaman juga tidak benar sama sekali, saya amat memandang tinggi Tokki (Datuk Nadzim Johan). Jika ada yang mengatakan ada perselisihan faham antara individu tertentu, ia kekal sebagai spekulasi sahaja," katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat PPIM Kuala Lumpur.
Walau bagaimanapun, Yusuf akan memberikan fokus kepada program bual bicara berbentuk santai atau tarbiyah itu untuk meneruskan perjuangannya.
Mengulas lanjut, Yusuf berkata, dia akan memberi fokus kepada program bual bicara berbentuk santai bagi meneruskan perjuangannya, memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai pelbagai kegiatan penipuan terhadap pengguna.
Selain itu juga, Yusuf merancang untuk membuka sebuah pusat perlindungan untuk kucing terbiar dan akan diberikan secara percuma kepada mereka yang sudi membeli kucing-kucing itu nanti. Dalam pada itu, Yusuf juga tidak mempunyai perancangan untuk membabitkan dirinya dalam politik.
Sementara itu, Datuk Nadzim menghormati keputusan Yusuf dan berharap keputusan itu memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
"Perjuangan kami akan diteruskan seperti biasa, dan Yusuf akan tetap menyelesaikan aduan yang diterima sebelum ini. Selepas ini akan ada rasa kosong setiap kali kami keluar untuk berjuang, tiada lagi sosok orang yang selalu tampil tanpa gentar untuk berhadapan dengan apa jua cabaran," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Yusuf tidak lagi sehaluan dengan gerak kerja NGO berkenaan dalam memperjuangkan nasib penggunakan.
loading...
loading...
loading...
0 comments:
Post a Comment